WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut, 31 Mac - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut telah mengadakan Program Ambang Ramadan 2022: Penyucian Jiwa Menerusi Ibadah Puasa secara bersemuka.

Kursus ini telah berlangsung pada 31 Mac 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:

  1. Memberi kefahaman bahawa setiap mukmin hendaklah menyedari bahawa penyucian jiwa merupakan satu tuntutan dalam Islam ke atas setiap individu;
  2. Memahami setiap mukmin perlu melakukan muhasabah diri bagi mengenalpasti penyakit-penyakit hati yang ada dalam dirinya;
  3. Individu Muslim perlu sentiasa berusaha membersihkan jiwa dari segala penyakit hati yang ada melalui proses menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian; dan
  4. Individu Muslim juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan ketakwaan dan kesucian jiwa.

Seramai 100 orang peserta telah menghadiri program ini yang berlangsung selama dua jam. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) terutama penjawat awam sekitar Terengganu dan Kelantan.

Penceramah yang dijemput dalam program ini ialah Ustaz Roslan bin Hassan, Pensyarah Kolej Vokasional Besut, merupakan seorang penceramah yang sangat berkaliber dan pakar dalam bidang berkaitan. Semoga dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan masyarakat yang faham berkenaan tuntutan agama berkenaan puasa dan bagaimana penyucian jiwa boleh dilakukan menerusi ibadah puasa.