WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Besut, 30 Mac – Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam , Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid dan Surau.

Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 29 hingga 30 Mac 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:

  1. Memberi pendedahan pengetahuan berhubung pengurusan institusi masjid;
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus tadbir masjid;
  3. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan kewangan masjid; dan
  4. Memberi pendedahan mempromosi program dan pengimarahan masjid kepada peserta.

Seramai 28 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Para peserta terdiri daripada Pegawai-pegawai MAIN/JAIN dan jabatan-jabatan yang menguruskan masjid di kawasan dan agensi masing-masing. Penceramah yang telah diundang bagi membentangkan slot-slot yang telah ditetapkan di dalam kursus ini ialah Ustaz Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ustaz Mohd Fadzli bin Sulaiman. Peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu dan kaedah pengurusan masjid dan surau yang padat. Para peserta juga saling berkongsi pengalaman serta cara dan kaedah pengurusan dan kewangan masjid masing-masing.