Besut, 24 Mac – Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam , Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pengendalian Peralatan Falak.
Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Mac 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:
- Menyeragamkan teknik kemahiran pengendalian teleskop kepada pegawai falak jabatan/pejabat Mufti;
- Melatih kemahiran pegawai dalam teknik pengendalian teleskop terkini; dan
- Melatih pegawai falak menyelenggara pelbagai peralatan Falak.
Seramai 18 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama tiga hari ini. Para peserta terdiri daripada Pegawai-pegawai Jabatan Mufti di seluruh Malaysia dan ILIM Kampus Utama. Penceramah yang dijemput dalam kursus ini ialah Ustaz Mohd Hardi bin Sadali, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan En. Joko Satria A. Peserta didedahkan dengan peralatan falak secara teori dan praktikal cara-cara dan teknik pengendalian peralatan falak. Kursus dimulai dengan pengenalan kepada peralatan falak dan diteruskan dengan kaedah-kaedah pengendalian peralatan secara hand-on. Para peserta juga telah dibawa ke Balai Cerap Kota Bharu untuk melihat dan mempelajari pelbagai jenis teleskop terkini yang digunakan di balai cerap tersebut. Para peserta juga telah dedahkan dengan cerapan bulan, bintang dan matahari.