WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 23 Mac - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Bahasa Arab Siri 1 Secara Dalam Talian pada 22 hingga 23 Mac 2022 bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 44 orang yang terdiri daripada PHEI, Guru KAFA, Imam, dan terbuka kepada masyarakat awam telah mengikuti program berkenaan daripada Lahad Datu, Tungku, Tawau, Kota Kinabalu dan Kuala Penyu.

Objektif utama ialah pendedahan mengenai kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab, meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab dan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.

Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah daripada Ustazah Wardatul Azmah bin Haji Apin, Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, SMK Sandakan ; Lughat al-Fasl  dan Pedagogi, manakala Ustaz Nazri bin Haji Apin, Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, SK Muhibbah, Sandakan menyampaikan Ceramah Pedagogi al-Istima’ wa al-Kalam dan Pedagogi al-Kitabah.

Semoga kursus ini dapat membantu dan memberi kefahaman kepada peserta dalam mendalami Ilmu Bahasa Arab seterusnya dapat diaplikasikan ketika berkomunikasi dengan masyarakat ataupun didalam pekerjaan agensi masing.