Bangi, 17 Mac - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan Kursus Kompetensi Juru Audit Halal Siri 3 pada 14 hingga 17 Mac 2022.
Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia. Seramai 33 orang peserta telah hadir secara dalam talian melalui platform zoom. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN. Kursus yang berlangsung selama empat hari ini telah mengupas slot-slot utama mengenai Standards Malaysia meliputi halal food, halal pharmaceuticals, halal cosmetics, halal supply chain management system dan halal medical device yang disampaikan oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Puan Fakheezah binti Borhan dari Jabatan Standards Malaysia.
Kursus kompetensi ini mengandungi tiga siri dan siri ini merupakan siri yang terakhir. Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran dalam ilmu pengurusan pensijilan halal dan pengauditan halal.