WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS PENGURUSAN STRES SIRI 1 (2022)

Besut, 23 Februari - Kluster Pembangunan Insan (KPI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Pengurusan Stres secara bersemuka.

Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:

  1. Memahami konsep dan senario stres di dalam organisasi;
  2. Memahami dan mengaplikasikan pengurusan stres;
  3. Menggunakan stres untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi;
  4. Merangsang ke arah keseronokan bekerja tanpa stres; dan
  5. Membentuk budaya kecemerlangan di dalam organisasi.

Seramai 32 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Keutamaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung sebagai perundingcara di jabatan.

Penceramah yang dijemput dalam kursus ini seramai empat orang iaitu:

  1. Ustazah Shukreyah binti Zawawi (Pengarah IKB)
  2. Ustaz Mohd Kamil bin Jaafar (IPGM Kampus Dato’Razali Ismail)
  3. Ustaz Mohd Saufi bin Awang Mat (SK Keruak)
  4. Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim (IPGM Kampus Sultan Mizan)

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang kompeten dalam menguruskan emosi, stres kepada diri dan organisasi khususnya serta dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera, bahagia dan harmoni dari segi rohani dan jasmani.