WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

TOT SMART UKHUWWAH

Besut,17 Februari – Seksyen Perhubungan dan Keurussetiaan (SPeK), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan TOT Smart Ukhuwwah.

 Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 16 hingga 17 Februari 2022. Secara umumnya objektif kursus ini adalah untuk:-

  1. Meningkatkan kemahiran (skill) penceramah dan fasilitator dalam mengendalikan kursus Smart Ukhuwwah;
  2. Meningkatkan kemahiran teknik-teknik penyampaian dan keberkesanan kepada peserta;
  3. Mendalami metodologi latihan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian peserta; dan
  4. Penyelarasan dan memberi kefahaman yang sebenar kandungan modul kursus tersebut.

Seramai 35 orang peserta telah terpilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan ILIM Kampus Besut, ILIM Kampus Utama, ILIM Kampus Jelebu dan ILIM Kampus Kundasang.

Penceramah yang dijemput dalam kursus ini ialah Ustaz Zulkifli bin Tukiman, Penolong Pengarah Kanan (PPK), Kluster Kepemimpinan Islam, ILIM Kampus Utama dan Ustaz Raja Mohd Alias bin Raja Ali, PPK dari ILIM Kampus Besut. Mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman kerana sama-sama terlibat membangunan modul Smart Ukhuwwah dan simulasi sebelum ini.

Semoga dengan terlaksananya kursus TOT ini, diharap dapat memberikan manfaat dan outcame yang besar kepada peserta dalam melahirkan penceramah dan fasilitator yang kompeten serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan Kursus Smart Ukhuwwah.