KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI
Besut, 9 Februari – Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam (KKPI), Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Besut telah mengadakan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti secara bersemuka.
Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 8 hingga 9 Januari 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:
- Mengetahui garis panduan atau format penulisan surat rasmi dan memo;
- Memahami format penulisan untuk membentuk dan menyusun ayat yang menarik dalam penyediaan surat rasmi;
- Mempraktifkan teknik penulisan yang baik & berkualiti;dan
- Mampu menghasilkan hasil kerja yang bermutu.
Seramai 46 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Majlis Agama Islam Kelantan, MAIDAM, TUDM Dan lain- lain jabatan. Penceramah yang dijemput dalam kursus ini ialah En. Ahmad Dan bin Setapa daripada Jabatan Perdana Menteri.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai- pegawai perkhidmatan awam yang kompeten dalam kemahiran menulis Surat Rasmi Dan Memo adalah sangat perlu kepada penjawat awam.