WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 28 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Wacana Ilmu Siri 3 Secara Dalam Talian pada 28 Oktober 2021. Wacana Ilmu ini telah disertai seramai  135 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi google meet.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan tentang ilmu-ilmu Islam kepada warga ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Rafaeh bin Md. Enarji, Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Sunnah, Sandakan, Sabah. Tajuk pengisian ceramah yang disampaikan dalam wacana ilmu ini ialah Wabak, Musibah vs Rahmah dan Ibadah Dalam Konteks "Soft Copy & Hard Copy" Musim Pandemik. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Disamping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk memberikan pandangan masing-masing secara interaktif dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dapat menambah ilmu mengenai perbezaan musibah dan juga ujian dalam menghadapi Pandemik Covid-19 serta perlu fokus beribadah kepada Allah SWT dan hendaklah patuh terhadap pandangan alim ulamak serta mufti dari semasa ke semasa.

Para peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran Wacana Ilmu  ini. Semoga program ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kesedaran dan patuh terhadap pihak berkuasa dan pemimpin. Majlis penutupan Wavana Ilmu berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.