WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi-20 Oktober 2021 - Penganjuran program The Art of Leadership yang melibatkan 30 orang Pegawai Kanan JAKIM oleh ILIM Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) dengan kerjasama Razak School of Government (RSOG) dilihat sebagai program yang amat bermakna dalam usaha JAKIM untuk melahirkan barisan kepimpinan yang profesional, berwibawa dan berintegriti selari dengan visi JAKIM sebagai Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dan misi JAKIM untuk Memperkukuhkan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah Kesejahteraan Ummah.

YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM sebagai mewakili YBhg Datuk Ketua Pengarah JAKIM dalam majlis perasmian penutup menyatakan bahawa tugas kepimpinan itu merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan ia bukannya satu kemuliaan. Jadi sewajarnyalah seseorang yang diberi mandat untuk memimpin itu perlu mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW agar sesebuah organisasi agama itu dapat diterajui dengan lebih cemerlang.

Program yang berlangsung secara alam maya ini, para peserta telah dilibatkan dalam Group Session Work: Ïs Our Future Sustainable?” yang dikendalikan oleh Tuan Haji Sazali Yahya, Founder and Executive Director of Lighthouse Consulting dan juga sesi perkongsian pengalaman berkaitan topik kepemimpinan bersama Dato’ Faris Yahaya, Group CEO of Orangebeam dan Tan Sri Datuk Seri Dr. Zulkurnain Hj. Awang, Chairman of Wing Tai Malaysia.

Ternyata para peserta telah memberikan komitmen dan tumpuan yang baik dalam setiap sesi yang berlangsung. Diharapkan dengan penyertaan barisan pegawai kanan yang berprestij tinggi ini, mampu melahirkan pemimpin yang memiliki pemikiran yang jelas dan kritis serta menjadi pegawai pelapis yang mampu menerajui kecemerlangan pentadbiran institusi agama selari dengan hasrat pengurusan tertinggi JAKIM.