WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Oktober  -  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) JAKIM telah menganjurkan Kursus Asas Penyediaan Video Menggunakan Kamera Telefon Pintar (Smart Phone)  secara dalam talian pada 12 hingga 13 Oktober 2021 (Selasa-Rabu) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Kursus ini telah disertai hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada Pentadbir Media Sosial JAKIM, Pegawai Komunikasi Strategik Bahagian dan warga JAKIM.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi panduan dan pengetahuan mengenai teknik membuat video menggunakan telefon pintar yang mudah serta menarik untuk media sosial jabatan atau bahagian. Penghasilan video bukan sahaja berfungsi sebagai bahan dokumentasi malah menjadi satu keperluan bagi masyarakat pada zaman kini. Penghasilan video yang menarik serta berkualiti, mampu memberi kesan secara realistik berbanding penggunaan imej atau media lain. Selain itu, ia juga memberi persepsi positif dari aspek kefahaman kepada masyarakat awam terhadap bahan, perkhidmatan dan program-program yang dianjurkan jabatan.

Kursus dimulakan dengan ucapan aluan dan amanat daripada Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat JAKIM dan diteruskan oleh pemudah cara yang dijemput iaitu Puan Noorlizawati binti Mohd Akil, Pereka Grafik daripada Ad Media Bizz Services. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan Aplikasi InShot dimana aplikasi tersebut membantu dalam menyediakan pengubahan sesebuah video ataupun foto. Kelebihan menggunakan aplikasi ini lebih tertumpu kepada pengeditan video seperti penambahan lagu, tema, blur pada latarbelakang, penambahan teks dan sticker.  Peserta diberi tugasan untuk menyediakan sebuah video menggunakan Kamera Smartphone sebagai satu latihan serta membuat pembentangan dan perbincangan untuk penambahbaikan hasil tugasan tersebut.

Semua peserta yang menyertai kursus ini sangat responsif dan memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Dengan keberhasilan sesebuah video yang menarik ia mampu menarik minat serta mengubah emosi seseorang penonton setanding dengan perubahan masa kini yang telah diperbaharui dengan penyampaian secara video. Semoga kursus ini dapat membantu menaikkan imej dan merancakkan penyampaian maklumat dan perkhidmatan dalam media sosial bahagian atau jabatan dengan lebih menarik dan berinformasi.