WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Oktober 2021 -  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Program Pengajian Kitab Turath Bidang Fiqah pada hari Rabu bertarikh 13 Oktober 2021, bersamaan 6 Rabiulawal 1443H jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi melalui platform Google Meet. Sejumlah 60 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pakar rujuk dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, di samping mengetengahkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berkepakaran dalam 3 (tiga) bidang iaitu Akidah, Syariah dan Tassawuf melalui pembelajaran kitab-kitab turath. Menerusi siri bulanan Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah, pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbingi oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj Anhar Bin Hj Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor sebagai penceramah program, dengan merujuk kepada Kitab al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i (Jilid 1) karangan Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili. Semoga siri kelas pengajian ini berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fekah dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu turath.