WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 15 September - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Fiqh Ibadah Secara Dalam Talian pada 15 September 2021. Kursus ini telah disertai seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi google meet.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta untuk melakukan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan ternakan korban mereka di rumah-rumah sembelih yang diluluskan dan berlesen dan menerapkan budaya kerja yang berkualiti serta profesional dalam membantu para peserta dan berpegang teguh di atas landasan syariat Islam.

Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Bakri bin Amboala, selaku Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM dan Ustaz Mohd Al Aliuddin Atal bin Hisyamuddin selaku Guru Pendidikan Islam, SK Brumas, Tawau. Tajuk pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah Sembelihan, Aqiqah Dan Korban. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Disamping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk sesi soal jawab dan berkongsi pengalaman secara dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai panduan dan teknik-teknik sebagai penyembelih yang terlatih dan berkemahiran untuk menjadi seorang muslim yang berilmu dan berkemahiran.

Para peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa brsedia dalam melaksanakan aktiviti sembelihan terhadap binatang ternakan. Majlis penutupan kuliah berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.