WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 14 September - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Program Merdeka Khas Secara Dalam Talian pada 14 September 2021. Program ini telah disertai seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi google meet.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan para peserta sempena bulan kemerdekaan. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Mohammad bin Othman iaitu Penceramah Khas daripada Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk pengisian ceramah yang disampaikan dalam program ini ialah Merdeka Dalam Konteks Islam. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Para peserta berpeluang untuk meraikan program kemerdekaan secara interaktif dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dapat mengenali erti kemerdekaan dari aspek pandangan Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW yang sahih dan tepat.

Para peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran program ini.  Diharapkan program kali ini dapat menambahkan lagi kecintaan yang jitu terhadap Agama Bangsa dan Negara Malaysia kepada peserta agar lebih menghayati makna kemerdekaan yang sebenar dan bersama-sama menjaga keharmonian Negara dan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini. Majlis penutupan program berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.