WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 14 September -  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan                   Program Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah pada hari Selasa bertarikh 14 September 2021 bersamaan 7 Safar 1443H, jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi melalui platform Google Meet. Sejumlah 75 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pakar rujuk dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, di samping mengetengahkan pegawai hal ehwal Islam yang berkepakaran dalam 3 (tiga) bidang iaitu Akidah, Syariah dan Tassawuf melalui pembelajaran kitab-kitab turath. Menerusi siri bulanan Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang Fekah, pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbingi oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj Anhar Bin Hj Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor sebagai penceramah program, dengan merujuk kepada Kitab al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i (Jilid 1) karangan Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili. Menerusi siri kali ini, perbincangan berkenaan bab hukum emas dan perak di samping perbincangan falak berkenaan waktu dhuha telah dibahas.

Semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fekah dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu turath.