WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 16 Julai 2021 -  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Pemahaman Tafsir al-Qur’an Secara Dalam Talian kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 hingga 54 pada hari 15 Julai 2021. Program ini dilaksanakan melalui platform Google Meet.

Objektif utama program ini ialah :

  • Memberi pendedahan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam tentang disiplin pentafsiran al-Qu’ran berasaskan usul taffsir al-Qur’an.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan Teknik-teknik dan kaedah mengenal pasti pentafsiran al-Qur’an yang menyeleweng dari disiplin ilmu usul tafsir yang sebenar.
  • Memperkasakan pemahaman tafsir al-Qur’an yang ma’thur.

Sehubungan dengan itu, penceramah program, Dr. Mohd Izwan Bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti, JAKIM menjelaskan tiga perbincangan utama iaitu mengenai isu penyelewengan pentafsiran al-Qur’an, punca dan penyelesaiannya.

Semoga program ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu tafsir al-Qur’an, bahkan mampu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai isu-isu penyelewengan dan cara untuk menyelesaikannya.