WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 25 Julai 2019 – Kluster Ilmu Turath dan Tamadun Islam(KITTI), telah menganjurkan Kursus Tahsin dan Asas Tarannum Al-Quran pada 24 hingga 25 Julai 2019 di Bilik Kuliah Al- Khawarizmi, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan penguasaan kemahiran al-Quran khususnya dalam bidang tarannum, meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran peserta dari aspek lagu tarannum dan membina kemahiran peserta dalam mengaplikasikan tarannum pada bacaan al-Quran.

Seramai 23 orang peserta dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut. Dalam program ini, peserta telah diberi pengenalan lagu-lagu tarannum, latihan tarannum, prakstis lagu-lagu Bayati, praktis lagu-lagu Nahwan dan praktis lagu-lagu Rast. Di akhir sesi peserta dikehendaki membuat praktikal dan penilaian.

Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.