BANGI, 25 Julai 2019 – Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI), telah menganjurkan Kursus Leadership Grooming Programme:Kesukarelawan Pengurusan Bencanapada 23 hingga 25 Julai 2019 di Bilik Kadir Jailani, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai mengenai Standard Operating Procedur dalam pengurusan krisis dan bencana, meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menguruskan hal ehwal islam dan kebajikan semasa menghadapi bencana serta meningkatkan hubungan dua hala bersama agensi dan NGO yang berkaitan dalam pengurusan bencana.
Seramai 24 orang peserta terdiri dari kumpulan pengurusan dan professional skim hal ehwal islam dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.
Dalam program ini, peserta telah diberi pendedahan tentang pengurusan bencana, pendekatan dan etika dalam misi kemanusiaan, total disaster risk management dan teknik kaunseling mangsa bencana. Peserta juga turut dikehendaki membuat simulasi menangani bencana dan satu sesi lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negara(NDCC) turut diadakan disamping membuat simulasi mencari dan menyelamat mangsa bencana.
Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.