BANGI, 17 Julai 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam, ILIM dan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menganjurkan Kursus Pemahaman Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS)pada 16 hingga 17 Julai 2019 di Bilik Kuliah Sibaweh, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai Halal Management System (MHMS), meningkatkan kefahaman peserta mengenai keperluan umum dan keperluan khusus MHMS dan meningkatkan keyakinan dan profesionalisme peserta dalam pengurusan pensijilan halal di Malaysia.
Seramai 29 orang peserta terdiri dari pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia telah menyertai kursus tersebut.
Dalam program ini, peserta telah diberi pengenalan berkaitan Halal Management System MHMS, keperluan umum dan keperluan khusus MHMS. Peserta juga dikehendaki membuat penilaian, penarafan HAS dan diberi senarai semak MHMS.
Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.