WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 19 April 2018 - Kursus Aplikasi Hamparan : Microsoft Excel di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) JAKIM telah diadakan pada 17 hingga 19 April 2018 bertempat di Bilik Multimedia, Blok Akademik A, ILIM, Bangi. Kursus ini dianjurkan oleh Kluster Teknologi Maklumat, ILIM dan melibatkan seramai 17 orang peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 44.

Tenaga Pengajar terlibat dalam mengendalikan kursus ini ialah Puan Faraliza Mohd Salleh, Pegawai Teknologi Maklumat dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan peserta tentang fungsi perisian hamparan elektronik dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan fungsi-fungsi yang ada dalam perisian tersebut.

Adalah menjadi harapan agar kursus ini dapat membentuk organisasi yang cekap menggunakan teknologi maklumat dan dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih sistematik.

excel pol1

excel pol2

excel pol3

excel pol4