WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Februari 2018 – SEMUA mengetahui secara umum bahawa al-Quran dan hadis sahih adalah sumber pengetahuan dan perundangan Islam yang autentik. Al-Quran merupakan wahyu Allah yang dijamin dan dipelihara daripada diubah-ubah oleh manusia.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (al-Hijr: :15 : 9).

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ilmu Teras telah menganjurkan Kursus Takhrij Hadis yang dilaksanakan pada 20 hingga 21 Februari 2018 bertempat di Bilik Al-Biruni, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM.  Objektif kursus ini untuk memberi kefahaman asas ilmu hadis berkaitan takhrij hadis, meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah mentakhrij hadis dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menguasai disiplin ilmu hadis.

Penceramah jemputan kali ini ialah Dr. Zulhilmi bin Mohamed Nor dari Universiti Sains Islam Malaysia, Ustazah Suriani binti Sudi dari Kolej Universiti Islam Malaysia dan Dr. Faisal bin Ahmad Shah dari Universiti Malaya.

Barisan penceramah ini mempunyai kepakaran dalam ilmu hadis dan mentakhrij hadis. Terdapat enam slot ceramah di dalam kursus ini iaitu Pengenalan Ilmu Takhrij Hadith & Kepentingannya Dalam Pengajian Islam, Kaedah-Kaedah Takhrij Hadith (Manual), Kaedah Takhrij Hadith Menggunakan ICT & Praktikal, Kaedah Mengenalpasti Hukum Hadith, Pemakaian Hadith Daif dan Palsu & Kesannya kepada Akidah dan Ibadat dan Sumber-Sumber Rujukan Dalam Hadith : Panduan Kepada Masyarakat Awam.

Kursus ini dihadiri oleh pegawai hal ehwal Islam daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pegawai Kerajaan dari agensi-agensi lain.

Adalah diharapkan pengetahuan mengenai ilmu mentakhrijkan hadis merupakan satu keperluan kepada mereka yang ingin menutur bicara hadis sama ada melalui lisan mahupun tulisan. 

takhrij1

takhrij2