Bangi, 24-28 Julai 2017, Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam, ILIM telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Kader Perkhidmatan Hal Ehwal Islam bagi Gred S19 siri yang ke 3 pada 24 hingga 28 Julai 2017 bertempat di ILIM, Bangi. Kursus yang dijalankan selama 5 hari ini melibatkan seramai 33 orang peserta kader JAKIM dari Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membentuk pegawai kader Jakim yang berketrampilan dari aspek sahsiah dan rohani. Ianya juga bagi melahirkan pegawai kader yang profesional dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan negara.
Kursus ini menekankan beberapa modul utama hal ehwal Islam dan dikendalikan oleh beberapa orang penceramah dan fasilitator yang berpengalaman antaranya :
- Penampilan dan Jati Diri/Integriti
Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Peranan Pegawai Kader Sebagai Agen Dakwah
Ustaz Azhar bin Tuamo
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Insan & Inovasi Seranta Felda
Jabatan Perdana Menteri - Ustaz Azhar bin Yahya
Ketua Jabatan Muamalat
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak - Ustaz Eizzul A'ala bin Bajuri
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM - Ustaz Amru Al-Haz Bin Adnan
Ketua Penolong Pengarah
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Ustaz Mohd Zulkifli Bin Makhtar
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
Darul Quran - Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria
Penceramah Bebas
Adalah diharapkan agar kursus ini dapat melahirkan pegawai kader Jakim yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah.