WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 17 Mei 17 - Bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran bacaan al-Quran para imam dan menepati bacaan riwayat Hafs ‘an ‘Asim, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah mengadakan Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Tahap 2 pada 16 dan 17 Mei 2017 bertempat di Bilik Al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM.

Kursus ini dihadiri seramai 15 orang peserta terdiri para imam dari JAKIM, JAIN, MAIN dan beberapa agensi Kerajaan lain.  Para peserta didedahkan dengan beberapa subjek utama iaitu “Suara dan Taranum” yang mengandungi pengenalan suara dantaranum, jenis-jenis taranum, aplikasi taranum dalam solat, azan dan iqamat.

Barisan penceramah yang terlibat dalam menyumbang ilmu dan kepakaran ini iaitu Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim, Pensyarah dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Ustaz Hasim bin Harun, Pensyarah di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Objektif utama kursus ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para imam dan membantu mereka untuk memperbaiki bacaan agar kualiti bacaan al-Quran dapat dipertingkatkan.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat melahirkan imam yang berketrampilan, professional dan dihormati dengan kualiti bacaan al-Quran yang terbaik.