BANGI, 17 Mei 2017 – Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Kursus Lanjutan Kaunseling Syarie pada 16 dan 17 Mei 2017 bertempat di Bilik Sibaweh, Aras 1, Blok B, ILIM.
Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri seramai 34 orang peserta yang terlibat dalam bidang psikologi dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan seperti JAKIM, JAIN, MAIN, PENJARA dan PDRM.
Intipati kursus ini mengandungi penerangan konsep ‘Ilaj Syarie’, Kelebihan Terapi Ruh, Terapi Tingkah laku, Terapi Ruqyah dan ‘Ilaj dalam Kaunseling Syarie’.
Seramai tiga orang penceramah telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kursus kali ini iaitu Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, ILIM; Puan Shukreyah binti Zawawi, Penolong Pengarah Kanan, ILIM dan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Penceramah Bebas.
Objektif utama kursus ini diadakan sebagai persediaan kepada para kaunselor dan peserta terlibat untuk cara-cara memulihkan diri dari tekanan dan sebagai salah satu usaha dan cara mengenali dan membantu pelanggan yang mengalami masalah.