Diskusi Fiqh Al-Solah telah dianjurkan oleh Kluster Pengurusan Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, ILIM pada 20 April 2017, menampilkan penceramah dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Bangi, Dr. Mat Nawi bin Mat Jusoh.
Diskusi ini dihadiri seramai 90 orang peserta terdiri dari para pegawai dan penjawat awam beberapa agensi Kerajaan lain. Para peserta turut didedahkan dengan Sesi Praktikal Kesempurnaan Solat dan Sesi Soal Jawab. Objektifnya adalah untuk menjelaskan dan memperincikan solat yang berkualiti serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran hukum berkaitan solat. Semoga Diskusi ini menjadi medan yang dapat memperbaiki solat kita seterusnya membentuk akhlak yang unggul.