WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 20 November 2026 (Jumaat) – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan program Sukan Rakyat ILIM bersempena dengan sambutan ILIM FEST 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga ILIM melalui pelbagai aktiviti sukan rakyat.

Antara acara yang diadakan di Padang ILIM bermula jam 10.00 pagi ialah Boling Kelapa, Sepak Raga, Baling Belon dan Tarik Tali. Program diteruskan pada sebelah petang dengan aktiviti membuat layang-layang bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir (DDMS) bermula jam 2.45 petang.

Pelaksanaan aktiviti sukan rakyat ini menjadi platform untuk menghidupkan kembali permainan tradisional di samping menggalakkan kreativiti, semangat kesukanan dan interaksi positif antara warga kerja daripada pelbagai bahagian serta unit.

Penganjuran Sukan Rakyat ILIM FEST 2026 turut mencerminkan komitmen ILIM dalam memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan kesejahteraan warga kerja dan mewujudkan persekitaran organisasi yang harmoni serta produktif.

ILIM terus komited memperkasakan budaya kerja berpasukan dan kesejahteraan warga organisasi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.