BANGI, 19 November 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Kursus Smart Integriti Siri 6 / 2026 (Badan Beruniform) pada 17 – 19 November 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus selama 3 hari ini telah di hadiri oleh seramai 49 orang peserta dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).
Kursus ini adakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan integriti dalam diri para peserta serta pembangunan nilai-nilai islam dalam organisasi. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga fasilitator dan urus setia dari ILIM Kampus Utama Bangi.
Pihak penganjur berharap agar kursus ini dapat memberi manafaat dan juga mencapai objektif penganjuran yang telah ditetapkan.




