BANGI, 19 November 2026 (Khamis) – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menganjurkan program Serambi Naskhah: The Art of Leading Through Writing bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Program bicara buku ini menampilkan Tuan Haji Syamsul Amri Abd Razak, Jurulatih Utama merangkap Penulis dari SABAR Training and Resources, yang berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai seni kepimpinan melalui penulisan sebagai medium komunikasi, penyampaian idea dan perkongsian pengetahuan.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh budaya membaca dan menulis, meningkatkan kemahiran komunikasi serta menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam pembangunan kepimpinan dan kompetensi diri.
Turut hadir ialah Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasakan pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga organisasi.
Program ini turut melibatkan jemputan daripada pelbagai latar belakang profesional, antaranya Encik Mohd Rizal bin Mohd Rosli dari Kementerian Perladangan dan Komoditi, Profesor Madya Dr. Hajah Suhanni Maulan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Encik Faizal Saaidin dari UKM UNIPEQ serta Encik Mohd Ikram Mohd Nor Wazir dari PTS Publications.
Turut hadir ialah Puan Suhaili Ikhsan, Tuan Haji Sunardi Mautan, Puan Hajah Muna Izzah Dato Fadzil, Tuan Haji Mior Azli Mior Md Isa, Encik Ajwad Shafie, Cik Nur Alia Shuhada dan Cik Nur Najwa Shuhada.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 300 orang peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sambutan ini mencerminkan minat yang tinggi terhadap bidang penulisan dan kepimpinan serta keberkesanan pendekatan hibrid dalam memperluas capaian program keilmuan ILIM.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen ILIM dalam memperkukuh budaya ilmu, memperluas jaringan kerjasama strategik dan memperkasa pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.




