WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 12 November 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah menganjurkan Kursus Smart Integriti Siri 5 / 2026. Kursus ini telah diadakan selama 3 hari bermula 10 hingga 12 November 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan pelbagai gred dan skim perkhidmatan dari Kementerian Sumber Manusia. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta tentang integriti dalam perkhidmatan dan kemampuan membentuk jatidiri yang baik untuk sentiasa berintegriti pada setiap masa.

Pihak penganjur berharap agar kursus ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi meningkatkan amalan perkhidmatan awam yang lebih berintegriti.