Bangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Bahasa Dakwah: Salam Taj Mahal bermula 3 hingga 5 November 2026 bagi memahami budaya masyarakat India serta cara berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Tami. Kursus ini dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Kader dan Penjawat Awam pelbagai Kementerian / Jabatan daripada gred 1 hingga 14.
Kursus ini bertujuan memperkasa kefahaman, kemahiran dan sikap peserta dalam penguasaan Bahasa Tamil serta komunikasi dakwah rentas budaya bagi menyampaikan mesej Islam secara yakin, profesional, inklusif dan berhikmah.
Kursus ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang dakwah iaitu Ustazah Rafiedah Veronica binti Abdullah. Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahan mengenai adat, adab dan kebudayaan serta sensitiviti masyarakat India agar komunikasi dakwah dilaksanakan dengan lebih harmoni dan berhikmah. Peserta turut diberi kemahiran asas dalam bahasa Tamil seperti pengenalan asas sebutan, komunikasi harian, pembinaan ayat mudah dan latihan sebutan dalam bahasa Tamil.
Penguasaan bahasa diharapkan menjadi jambatan komunikasi yang merapatkan hubungan masyarakat, memperkukuh kefahaman antara budaya dan memperluas keberkesanan gerak kerja dakwah


