Bangi, 5 November 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIMI) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Seminar Psikologi Islam dengan membawakan tema ‘Membangun JIWA, Membina MANUSIA’ bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari di Dewan Datuk Mohd Shahir.
Penganjuran seminar ini adalah merupakan satu komitmen ILIM untuk memberikan kefahaman masyarakat khususnya penjawat awam, yang berhadapan dengan budaya ketagihan media yang agak melampau sehingga mendatangkan impak yang sangat negatif. Apatah lagi dengan budaya Fear of Missing Out (FOMO) di kalangan masyarakat sehingga hilang nilai dan budaya yang ada. Pembudayaan nilai Qana’ah seperti yang dianjurkan oleh Islam, harus disemat sebagai jalan keluar dari kemelut ini.
Seminar ini telah diisi dengan 2 ceramah istimewa iaitu Digital Addiction – Bila Teknologi Menguasai Minda disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Zainab binti Ismail, Professor International Centre of Madani Studies, Universiti Selangor (UNISEL) dan juga Yang Berusaha Prof Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, Ketua Pusat Penyampaian dan Pembelajaran Inovatf, Jabatan Akademik dan Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) dengan tajuk FOMO vs QANA’AH, Solusi Psikologi Islam.




