WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 05 November – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Eksplorasi Al-Hadith dalam Transformasi Digital.

Kursus yang dilaksanakan bermula pada 03 hingga 05 November 2026 telah dihadiri seramai 48 orang peserta terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai kementerian dan agensi.

Kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan hadith dalam ekosistem digital serta memperkukuhkan keupayaan untuk menilai dan mengesahkan kesahihan kandungan hadith digital secara beretika, berintegriti dan bertanggungjawab.

Perkongsian dibuat menggunakan pendekatan teori serta praktikal dengan bimbingan daripada YBrs. Dr. Amiruddin bin Mohd Sobali dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan YBrs. Dr. Fadlan bin Mohd Othman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta di akhirat.