WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 4 November 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi Kerajaan pada 3 – 4 November 2026 (Selasa – Rabu) bertempat di Auditorium al-Ghazali, ILIM Kampus Utama Bangi. Kurus selama 2 hari ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta terdiri daripada pegawai dari Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Polis di Raja Malaysia (PDRM) seluruh Malaysia.

Kursus ini diadakan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta tentang tatacara bacaan doa, penulisan teks doa dan cara bacaan doa yang baik. Kursus selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Azhar bin Tuarno, Penolong Pengarah Kanan dari ILIM.

Pihak penganjur berharap agar kursus ini mampu memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta dalam menjalankan tugas di tempat kerja masing-masing.