WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 3 November 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerima lawatan akademik daripada pelajar Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, ILIM Kampus Utama Bangi.

Delegasi lawatan akademik ini diketuai oleh Profesor Dr. Roziah binti Mohd Rasdi, Profesor, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan, fungsi dan pendekatan ILIM dalam pembangunan kompetensi, pengurusan latihan serta pembangunan modal insan sektor awam. Sesi ini turut membuka ruang pertukaran pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan latihan dan pembangunan sumber manusia.

Delegasi turut dibawa ke Galeri ILIM Centre of Excellence (I.C.E) dan FALCOM bagi mengenali dengan lebih dekat inisiatif inovasi, pendigitalan dan perkongsian ilmu yang dilaksanakan oleh ILIM dalam memperkasa penyampaian ilmu, inovasi dan transformasi digital.

Kunjungan akademik ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara ILIM dengan institusi pengajian tinggi, di samping menyokong perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam pembangunan sumber manusia.