Bangi, 28 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Selangor telah berjaya menganjurkan Seminar Pemikiran Islam: Menangkis Ancaman New Age Movement
Seminar ini bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta mengenai konsep, sejarah, perkembangan dan ciri-ciri New Age Movement serta memperjelas percanggahan fahaman New Age Movement dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Seramai 320 orang peserta telah menghadiri seminar ini dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Dua orang panel jemputan yang berkepakaran telah berkongsi ilmu dalam seminar ini iaitu YBrs Dr. Mohamad Razif bin Mohamad Fuad, Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Dakwah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Sahibul Fadhilah Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.
Semoga seminar ini dapat memperkukuh lagi kefahaman Islam yang sahih, meningkatkan daya kritis dalam menilai pemikiran semasa , memperteguh seterusnya memelihara kesucian akidah umat Islam.




