WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Tadabur al-Quran: Wahyu Memimpin Jiwa Pemimpin.

Kursus yang dilaksanakan bermula pada 20 hingga 22 Oktober 2026 telah dihadiri seramai 70 orang peserta terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai kementerian dan agensi.

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap hikmah wahyu melalui tadabur al-Quran agar mampu membentuk pemikiran serta karakter pemimpin yang matang, berintegriti dan berhikmah.

Perkongsian dibuat menggunakan pendekatan teori serta praktikal dengan bimbingan daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tuan Syahmi Syazeril bin Azmi dari Tadabbur Centre. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta di akhirat.