WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 22 Oktober 2026* – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan pada 21 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus yang dikendalikan oleh penceramah daripada Jabatan Perdana Menteri bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai tatacara pengurusan stor kerajaan yang merangkumi aspek penerimaan dan perekodan stok, penyimpanan dan pengeluaran, pemeriksaan dan pindahan serta pelupusan, kehilangan dan hapus kira.

Selain sesi perkongsian ilmu, peserta turut melaksanakan aktiviti berkumpulan berkaitan verifikasi stor di Stor Utama ILIM bagi memberikan pendedahan praktikal tentang proses verifikasi, semakan rekod dan pematuhan terhadap tatacara pengurusan stor kerajaan.

Kursus ini turut memberi peluang kepada peserta berkongsi dapatan verifikasi serta membincangkan kaedah menjawab audit dengan tepat, teratur dan disokong oleh bukti serta dokumen berkaitan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kompetensi penjawat awam dalam memperkukuh tadbir urus dan memastikan pengurusan stor kerajaan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.