WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BESUT, 21 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan kerjasama ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Program Transformasi JAKIM Siri 2 / 2026 pada 18 – 21 Oktober 2026 bertempat di ILIM Kampus Besut.

Program ini telah dihadiri seramai 27 orang peserta terdiri daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membangunkan potensi diri pegawai, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan profesionalisme para pegawai hal ehwal islam selaras dengan aspirasi JAKIM dan perkhidmatan awam.

Program ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh fasilitator ILIM sendiri dan diharapkan program ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.