BANGI, 14 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Etiket Dan Protokol Majlis Rasmi.
Kursus ini telah diadakan pada 13 – 14 Oktober 2026 bertempat di Auditorium al-Ghazali, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Ahmad Dan bin Setafa, mantan pegawai dari Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kursus ini telah mendedahkan kepada peserta tentang etiket serta protocol di dalam majlis rasmi. Kursus ini juga memberikan kepada peserta pengetahuan menyemai tatacara pengurusan majlis dan pembentukan imej sebagai urus setia pengurusan acara.
Seramai 55 orang peserta dari ILIM dan pelbagai agensi telah hadir ke kursus selama dua hari ini. Semoga kursus ini dapat memberi impak yang positif kepada peserta yang hadir.




