WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 08 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Pemikiran Qurani dalam Pengurusan Kepimpinan. Kursus yang dilaksanakan bermula pada 06 hingga 08 Oktober 2026 telah dihadiri seramai 45 orang peserta terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai kementerian dan agensi.

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi kepimpinan melalui penghayatan nilai serta prinsip Rabbani yang berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith. Perkongsian dibuat menggunakan pendekatan teori serta praktikal dengan bimbingan daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Yusof bin Ismail dan YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Arif bin Musa dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta akhirat.