WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 6 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM dengan kerjasama Pejabat Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menganjurkan ILIM International Webinar 2026 secara hibrid bertajuk “Artificial Intelligence: Anugerah atau Ancaman kepada Akal Manusia?” dengan menampilkan YBrs. Dr. Khodijah Hulliyah, Pengarah Artificial Intelligence Literacy and Innovation Institute (ALII), UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia sebagai penceramah.

Perkongsian selama dua jam ini dikendalikan oleh YBrs. Encik Mohd Izwan bin Sharif, Setiausaha Pertama (Agama), Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selaku moderator. Perbincangan memberi fokus kepada potensi AI dalam membantu manusia mengakses ilmu dan menyokong proses berfikir, di samping risiko kebergantungan berlebihan yang boleh menjejaskan daya fikir, pertimbangan dan kebijaksanaan akal manusia.

Program yang turut disertai peserta daripada beberapa agensi di Republik Indonesia ini merupakan komitmen berterusan ILIM dalam memperkukuh agenda transformasi digital perkhidmatan awam ke arah penggunaan AI secara beretika dan berteraskan adab Islam, selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah.