WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam dengan kerjasama ILIM Kampus Besut telah mengadakan Program Transformasi JAKIM Siri 1/2026 pada 27 hingga 30 September 2026 bertempat di ILIM Kampus Besut, Terengganu.

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9 telah menyertai kursus selama empat hari ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa cinta kepada jabatan dan membangunkan jati diri peserta sebagai pegawai Hal Ehwal Islam serta mampu melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.

Kursus ini dilaksanakan menggunakan sepenuhnya khidmat fasilitator yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan ILIM sendiri.