WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MELAKA, 30 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Program Transformasi Digital dalam Kepimpinan dan Pengurusan Strategik Hal Ehwal Islam yang berlangsung pada 28 hingga 30 September 2026 bertempat di Swiss Garden Hotel, Melaka.

Program ini melibatkan seramai 28 orang pegawai JAKIM daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta kumpulan pelaksana.

Bagi memastikan pelaksanaan program mencapai objektif yang ditetapkan, Malaysian Institute of Management (MIM) telah dilantik sebagai konsultan bagi mengendalikan program ini.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan konsep, kepentingan dan aplikasi transformasi digital dalam memperkukuh kecekapan kepimpinan serta pengurusan strategik organisasi Islam.

Melalui perkongsian ilmu dan sesi pembelajaran yang dilaksanakan, peserta turut didedahkan kepada keperluan mendepani perubahan teknologi secara lebih strategik, selaras dengan tuntutan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan warga JAKIM dalam memanfaatkan teknologi digital secara berkesan bagi menyokong pengurusan dan penyampaian perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang lebih cekap, responsif dan berimpak.