WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 30 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama telah menganjurkan Kursus Kemahiran Prediction sebagai Strategi Menangani Isu Ummah dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), selama tiga hari bermula 28 hingga 30 September 2026

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran kepada para peserta dalam memahami konsep prediction serta mengaplikasikan pendekatan analisis dan jangkaan masa hadapan secara lebih tersusun dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan ummah.

Menurut Pengarah Kanan ILIM dalam ucapan penutup kursus ini menyatakan bahawa latihan dalam bidang prediction ini merupakan satu hasrat yang telah lama ingin direalisasikan kepada pegawai-pegawai hal ehwal Islam, khususnya pegawai muda JAKIM. Ianya akan memberikan impak yang besar dalam pelaksanaan tugas serta kepimpinan organisasi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar penganjuran kursus ini dapat menjadi satu platform penting untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pegawai-pegawai muda JAKIM dalam bidang prediction. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh diharapkan dapat menjadi aset penting kepada mereka dalam melaksanakan amanah serta mempersiapkan diri untuk menerajui JAKIM pada masa akan datang.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk Bottom Line Up Front (BLUF), Future Scenario Analysis (FSA), High Impact Low Probability Analysis (HILP), Analysis of Competing Hypotheses (ACH) serta beberapa kaedah analisis lain yang berkaitan dengan proses membuat jangkaan dan penilaian terhadap sesuatu isu.

Pengisian kursus turut dilaksanakan secara interaktif melalui pembentangan kumpulan, perbincangan dan analisis terhadap senario serta hipotesis yang diberikan. Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam menganalisis isu secara lebih kritis, sistematik dan berasaskan maklumat.

Kursus ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ramlan bin Abd Malik, Pengarah Direktorat Sains & Teknologi dan Encik Muhammad Hatta bin Mhd Isa, Timbalan Pengarah, kedua-duanya dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.

Melalui penganjuran kursus ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti perkembangan dan kemungkinan yang bakal berlaku, seterusnya menggunakan kemahiran prediction sebagai salah satu pendekatan strategik dalam memahami serta menangani isu-isu semasa yang memberi kesan kepada ummah.

Kursus telah melabuhkan tirainya pada 30 September 2026 dengan sesi penutup dan pembentangan kumpulan, sekali gus menandakan berakhirnya tiga hari perkongsian ilmu, latihan analisis dan pengembangan kemahiran prediction dalam kalangan peserta.