WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Kampus Utama Bangi - 30hb September 2026 - Kursus Penguatkuasaan Undang-undang Syariah selama 3 hari bermula 28hb - 30hb September 2026 telah melabuhkan tirainya. Matlamat utama kursus ini dianjurkan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai aspek-aspek penting dalam mengendalikan penguatkuasaan undang-undang syariah dan mengenalpasti kaedah dan teknik mengendalikan penguatkuasaan yang betul dan berkesan untuk diaplikasikan dalam tugasan Pegawai Penguatkuasa Agama.

Kursus ini telah disertai oleh 40 orang Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia. Semangat dan iltizam yang ada di kalangan peserta menjadikan kursus ini mencapai objektifnya. Penceramah yang dijemput adalah Tuan Husaini bin Roslin selaku Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari selaku Penolong Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes pendakwaan kesalahan jenayah syariah di Mahkamah Syariah. Oleh sebab itu, pengisian latihan dalam kumpulan menekankan kaedah berkesan dalam pelaksanaan operasi tangkapan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama hingga selesai pendakwaan kes di Mahkamah Syariah.

Perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah dalam kursus ini merangkumi aspek teori serta praktikal dalam medium penyampaian sesi pembelajaran. Kursus ini telah mendapat komitmen yang sangat baik daripada semua peserta yang hadir. ILIM meletakkan harapan agar ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dapat diamalkan secara konsisten dan menjadi asas yang kukuh dalam menjalankan tugas penguatkuasaan agama secara amanah, adil dan berintegriti.