BANGI, 25 September 2026. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerima kunjungan pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) sempena aktiviti kajian lapangan bagi Program Pembentukan Karakter Guru Madani.
Program yang berlangsung di ILIM Kampus Utama Bangi ini menghimpunkan 40 orang peserta dalam sesi perkongsian ilmu dan pendedahan berkaitan peranan institusi latihan dalam pembangunan karakter serta profesionalisme.
Delegasi IPGKPI diketuai oleh Puan Norasmahani binti Hj. Nor, Pensyarah IPG KPI Bangi merangkap Pensyarah Pengiring bersama Puan Khaliza binti Abdul Kadir, Pensyarah IPG KPI Bangi.
Pihak ILIM pula diwakili oleh Puan Norhayati binti Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan.
Kunjungan ini turut memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara ILIM dan IPGKPI dalam usaha membangunkan generasi pendidik yang berilmu, berkarakter dan berintegriti.



