WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 24 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan Kursus Daie Talk yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 September 2026 bertempat di Bilik Muslim, Aras 2, Blok B Akademik, ILIM Bangi.

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkukuh kemahiran komunikasi dan penyampaian dalam kalangan peserta, khususnya dalam menyampaikan mesej dakwah secara lebih berkesan, yakin, tersusun dan mampu menarik perhatian audiens.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek kemahiran komunikasi menerusi pengisian seperti Asas Komunikasi dan Pembentukan Keyakinan Diri, Seni Membina dan Menyusun Mesej Dakwah, Seni Suara, Bahasa dan Penyampaian, Bahasa Tubuh dan Seni Persembahan, Seni Penyampaian yang Memikat Audiens, Kemahiran Bercakap dalam Pelbagai Situasi, Aplikasi Kemahiran Komunikasi dalam Media Baharu serta Praktikal dan Simulasi Dakwah.

Pengisian kursus turut menekankan pendekatan praktikal dan interaktif bagi membantu peserta mengaplikasikan kemahiran komunikasi dalam pelbagai situasi penyampaian dakwah, termasuk dalam konteks media baharu.

Kursus ini turut menampilkan Dr. Nik Muhammad Hanis bin Nek Rakami dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Tuan Jef Hazimin Jaafar dari Air Liur Emas sebagai penceramah yang berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran berkaitan komunikasi serta seni penyampaian.

Melalui pelaksanaan kursus ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran pengucapan dan keupayaan menyampaikan mesej dakwah secara lebih kreatif, berkesan dan bersesuaian dengan keperluan masyarakat semasa.