WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 17 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Selangor telah berjaya menganjurkan ILIM Quran Talk 2026 dengan tema " Al-Quran Kompas Transformasi Organisasi ".

Seminar ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai kompas strategik dalam memperkukuh tadbir urus organisasi di samping memperkasakan sistem pentadbiran yang berteraskan nilai-nilai wahyu. Seramai 175 orang peserta telah menghadiri seminar ini dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Dua orang panel jemputan dari Tadabbur Centre yang berkepakaran telah berkongsi ilmu dalam seminar ini iaitu Tuan Muhamad Syaari bin Ab Rahman dan Tuan Syahmi Syazeril bin Azmi.

Semoga seminar ini bukan sekadar menjadi medan perkongsian ilmu, tetapi turut mampu menyemarakkan semangat untuk menjadikan Al-Quran sebagai tunjang dalam membina masyarakat bertamadun, adil dan sejahtera berpaksikan nilai Qurani.