Bangi, 22 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI): Digitalisasi Perkhidmatan dan Tadbir Urus Siri 2/2026 selama dua hari bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta terhadap penggunaan teknologi AI dalam perkhidmatan.
Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai aplikasi dan pendekatan praktikal berkaitan penggunaan AI dalam tugasan harian. Penekanan diberikan kepada aspek kreativiti, kecekapan kerja serta keupayaan menghasilkan bahan digital yang lebih interaktif dan berimpak tinggi. Pendekatan pembelajaran yang bersifat hands on turut membantu peserta memahami dengan lebih jelas potensi sebenar teknologi ini.
Di samping itu, peserta turut didorong untuk meneroka idea baharu dan mengaplikasikan AI secara berkesan selaras dengan keperluan semasa organisasi. Perkongsian daripada penceramah juga membantu membuka perspektif baharu dalam penggunaan teknologi ini.
Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa kemahiran digital peserta seterusnya memperkasa tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih kreatif, inovatif dan berimpak.


