WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 13 April — Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan ILIM Bil. 4/2026 yang berlangsung dengan penuh semangat dan kebersamaan di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi, pagi tadi.
 
Majlis yang bertemakan “Syawal 2026: Menyemarak Potensi, Menggerak Transformasi” ini menghimpunkan seluruh warga ILIM dalam suasana Aidilfitri yang harmoni.
 
Perhimpunan bermula seawal jam 8.30 pagi telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkasa potensi diri serta menggerakkan transformasi berterusan demi memastikan ILIM terus relevan dan unggul sebagai institusi latihan Islam terkemuka.
 
Majlis ini turut menjadi platform untuk menyampaikan amanat kepimpinan, memperkukuh silaturahim dalam kalangan warga kerja serta menyemai semangat kerja berpasukan yang lebih dinamik pasca Ramadan.
 
Seterusnya, turut dikingsikan slot Berkenalan dengan Cawangan Dasar Latihan ILIM yang memberi pendedahan berkaitan inisiatif dan peranan strategik cawangan tersebut.
 
Seluruh warga ILIM telah memberikan komitmen tinggi dengan kehadiran penuh, selaras dengan aspirasi organisasi untuk terus melangkah maju ke arah kecemerlangan.